Monday 25 July 2011

Penerangan kepada tuan punya blog itu :)

Silap mata tidak ada kene mengena dengan sihir atau perbuatan syirik yang boleh melanggar hukum syariat didalam Islam.Silap mata adalah hanya satu penipuan sama ada penipuan kecil atau penipuan besar.Memang dari sudut pandangan kita,kita akan melihat silap mata ini dilakukan diluar kekuatan atau kemampuan seorang manusia.Tetapi ia sebenarnya hanya PENIPUAN semata-mata.Tidak ada ahli silap mata di dunia ini yang menggunakan sihir atau meminta pertolongan jin@syaitan yang disangka-sangkakan.Seperti silap mata besar,ia sememangnya kelihatan menggunakan pertolongan sesuatu makhluk,tetapi ia sebenarnya tidak,Ahli silap mata hanya menggunakan senjata rahsia mereka iaitu TRICK.
Seperti anda ketahui,David Copperfield pernah menghilangkan SEBUAH JET JUMBO,STATUE LIBERTY dan LAIN2.Bagaimana kalau saya katakan ia hanya satu muslihat kamera,lampu,tirai itu sendiri?anda tentu tidak percayakan?Ia saya akui yang David Copperfield menggunakan spotlight trick.Sebenarnya,Jet itu tidak meninggalkan landasan tersebut.Ia hanya muslihat.Bagaimana dengan penonton yang mengelilingi Jet tersebut?inilah jawapannya:Penonton itu sudah pun dibayar untuk bersubahat menjayakan muslihat besar yang telah dirancang ini.

PS : Nak jadi pandai boleh , tapi jangan memandai mandai .