Friday, 15 April 2011

Sejarah DAUN TERUP


Daun terup dijumpai di China seawal abad ke-9 ketika zaman Dinasti Tang (618–907), apabila sanak-saudara kepada seorang puteri bermain dengan "daun".[1][2][3] Seorang penulis bernama Su E menyatakan bahawa Puteri Tongchang (?–870), anakanda Maharaja Yizong (r. 860–874), meluangkan masa lapangnya dengan bermain dengan daun bersama ahli-ahli keluarga Wei.[4] Seorang ilmuwan Dinasti Song (960–1279) bernama Ouyang Xiu (1007–1072) bertegas bahawa permainan daun terup sudah lama wujud semenjak pertengahan zaman Dinasti Tang, apatah lagi penciptaan daun terup seiring dengan perkembangan penggunan helaian atau halaman kertas menggantikan gulungan sebagai bahantara surat-menyurat.[5][4]
"Daun wang" Cina kuno terdiri dari empat "sama bunga", iaitu syiling (atau tunai), ikatan syiling (which may have been misinterpreted as sticks from crude drawings), ribuan ikatan, dan puluhan ribu, dilambangkan oleh ideogram beserta angka 2–9 dalam tiga sama bunga pertama dan angka 1–9 dalam "puluhan ribu". Rekabentuk pada buah mahjong mungkin sekali berasal dari daun-daun terup lama ini. Bagaimanapun, ada kemungkinan bahawa dek daun terawal yang pernah dicetak merupakan dek domino China, yang mana kesemua 21 gabungan sepasang dadu terpapar pada daun-daunnya. Mengikut catatan Kuei-t'ien-lu yangdisusun pada abad ke-11, didapati baahwa daun domino ini dicetak pada zaman Dinasti Tang, selaras dengan pencetakan buku-buku pertama. Perkataan pái () dalam bahasa Cina membawa maksud daun terup dan kepingan permainan.
Bila dan bagaimana daun terup diperkenalkan di Eropah, masih menjadi tanda tanya. Daftar karya ke-38 majlis Worcester (1240)[6] sering dipetik sebagai bukti bahawa daun terup dikenali di England seawal pertengahan abad ke-13, namun permainan de rege et regina (raja dan ratu) yang disebutkan kini dipercayai merupakan catur.
Mungkin sekali pelopor kepada daun terup moden tiba di Eropah hasil sumbangan kaum Mamluk dariMesir pada penghujung 1300-an, yang amat serupa rupanya dengan daun terup masa kini. Dek Mamluk khususnya terdiri daripada 52 kad yang dibahagi kepada empat "sama bunga", iaitu kayu polo, syiling, pedang, dan cawan. Setiap sama bunga mengandungi sepuluh daun "bunga" (daun yang dikenal pasti mengikut bilangan mata bunga yang ditunjukkan) dan tiga daun "istana" bergelar malik (raja), nā'ib malik(wizurai atau timbalan raja), dan thānī nā'ib (timbalan kedua). Daun istana Mamluk memaparkan rekabentuk abstrak yang tiada gambar manusia (atau begitulah dalam semua spesimen yang masih wujud) tetapi ada tertera nama-nama pegawai tentera.
Satu dek lengkap daun terup Mamluk ditemui oleh Leo Mayer di Istana TopkapiIstanbul, pada tahun 1939[7], mungkin dibuat sekitar tahun 1400 M.[8] Terdapat bukti bahawa dek ini diadaptasi dari dek 48 keping yang cuma ada dua daun istana dalam setiap sama bunganya, ditambah lagi bukti bahawa daun terup Cina awal yang dibawa ke Eropah pernah melalui tanah Parsi, kemudian mempengaruhi daun terup Mesir pada ketika itu.
Belum pasti sama ada daun-daun terup ini mempengaruhi rekaan daun terup India yang digunakan untuk bermain Ganjifa, ataupun sebaliknya dipengaruhi oleh daun-daun India ini. Apapun, daun terup India ini amat berbeza, kerana berbentuk bulat, dicatkan dengan lukisan rumit, dan terdiri daripada lebih dari empat (biasanya berpuluh-puluh) sama bunga.